Saya nak share resepi dessert untuk berbuka yang mudah dan hanya menggunakan 4 bahan sahaja!
Tuang 550ml susu penuh berkrim ke dalam periuk.
Masukkan 50g gula dan 5g serbuk agar agar bersama susu ke dalam periuk.
Kacau dan masak sampai mendidih.
Gunakan kotak susu 1l yang telah dipotong untuk acuan. Condongkan kotak susu sebanyak 45 darjah.
Tuang susu yang telah dididihkan sedikit demi sedikit ke dalam acuan kotak susu hingga separuh kotak. Biarkan agar-agar mengeras di suhu bilik selama 20-25 minit.
Untuk susu coklat, tuang 550ml susu coklat ke dalam periuk.
Masukkan 5g serbuk agar agar dan 2 sudu gula(optional).
Kacau hingga sebati. Masak di atas dapur dan kacau sehingga mendidih.
Setelah cukup 25 minit untuk bahagian agar-agar susu, tuang adunan agar-agar coklat sedikit demi sedikit ke dalam acuan.
Biarkan agar-agar mengeras dalam peti sejuk selama 4 jam.