Saya nak share 1 resepi ala chinese style . Biasanya ia menggunakan daging kambing dan dipanggil Cumin Lamb, tapi saya olah guna ayam dan tambah cendawan. Jom cuba!

Hiris dada ayam secara nipis.

Masukkan hirisan dada ayam ke dalam mangkuk. Perapkan ayam dengan sedikit garam, serbuk lada putih, 1 sudu makan tepung jagung, 2 sudu teh minyak. Gaul hingga sebati dan perap selama 15 minit.

Selepas 15 minit, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam yang sudah diperap hanya sampai ayam bertukar perang cair sahaja.

Tumis bawang putih dan cili kering menggunakan api sederhana.

Masukkan 1 sudu teh serbuk cili.

Tambahkan jintan putih, cili hijau, 2 sudu sos tiram, 3 sudu kicap cair dan sedikit air. Tumis bahan-bahan sehingga sebati.

Setelah bahan-bahan tumisan mula mereneh, masukkan cendawan yang sudah dibasuh dan dada ayam yang sudah digoreng tadi.

Kacau bahan-bahan sehingga sebati.

Tambahkan daun bawang dan kacau dalam beberapa saat sebelum api dapur ditutup.