Perap ayam menggunakan sedikit garam dan 4-5 sudu makan tepung ayam goreng.
Tuang sedikit air sejuk dan gaul sehingga sekata. Perap ayam selama 30 minit.
Selepas 30 minit, cucuk isi ayam menggunakan garfu supaya rempah dapat meresap masuk.
Untuk salutan ayam goreng, masukkan sebiji telur ayam bersama 1 cawan susu kotak. Kacau sehingga sebati.
Untuk salutan tepung pula, tuang tepung goreng ayam ke dalam mangkuk kosong.
Celup ayam dalam campuran telur dan susu.
Salut ayam yang telah dicelup didalam campuran tadi dengan menggunakan tepung goreng ayam yang telah dituang dalam mangkuk.
Goreng ayam sehingga masak.