Saya nak share satu resepi masakan ayam yang sedap, cepat dan mudah. Ni first time saya try masak ayam masak bawang ni, resepi ni sebenarnya memang tengah viral dalam beberapa minggu ni.

Perasakan ½ ekor ayam yang telah dipotong dengan 1 sudu teh garam, 1 sudu teh serbuk kunyit dan gaul hingga sebati.

Tumiskan 2 biji bawang besar yang sudah dihiris sehingga bertukar keperangan.

Apabila bawang sudah bertukar keperangan, tapis keluar bawang dan biarkan sejuk.

Menggunakan kuali dan minyak yang sama, goreng ayam yang telah diperasakan hingga masak. Angkat ayam setelah masak.

Menggunakan kuali dan minyak yang sama juga, tumis rempah empat sekawan dan bahan kisar yang mengandungi 1 bawang besar, 3 ulas bawang putih, ½ inci halia, sedikit air.

Masukkan 2 sudu serbuk cili, 1 sudu rempah kari ayam, dan 1 sudu teh rempah sup. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos cili, 1 sudu sos tiram, gula dan garam. Kacau hingga sebati.

Masukkan ayam yang telah masak digoreng dan gaul hingga sekata. Tambah sedikit air dan tutup kuali sekejap sahaja.

Tabur bawang yang telah digoreng dan sedikit hirisan daun ketumbar.