Saya nak share resepi ala-ala French Toast, ada pelbagai idea-idea menarik untuk intinya. Bezanya dengan french toast, saya tak salut roti dengan gula selepas digoreng.

Leperkan roti menggunakan roller sehingga roti betul-betul leper.

Untuk inti pertama, letakkan sekeping keju ke atas roti.

Letakkan sosej yang telah masak di atas dan hujung roti.

Untuk inti kedua, sapukan lepa coklat ke atas roti sehingga rata dan letakkan separuh pisang yang telah di belah dua di hujung roti.

Untuk inti ketiga, sapukan mentega kacang dengan rata dan letakkan separuh pisang yang telah dibelah dua di hujung roti.

Gulung semua roti yang telah di letakkan inti dengan betul-betul padat.

Tekankan roti supaya menjadi lebih padat dan tidak akan terbuka.

Celupkan roti kedalam campuran telur dan susu yang telah dikacau sebati. Pastikan semua permukaan roti disaluti.

Bakar french toast dengan menggunakan api sederhana sehingga masak.