Harini saya nak share resepi garlic bread menggunakan roti biasa je. Resepi ni tak menggunakan oven. Guna kuali biasa je.
Masukkan 4 sudu makan mentega(salted) ke dalam mangkuk.
Tambahkan 3 ulas bawang putih yang telah dicincang halus.
Tabur sedikit mixed herb/oregano dan gaul sehingga sebati.
Untuk roti, gunakan 4-5 keping roti biasa.
Sapu acuan mentega dan bawang putih tadi ke atas roti secara rata.
Kerat roti yang telah disapu acuan kepada 3 bahagian.
Grill roti di atas kuali selama beberapa saat.
Sapu acuan mentega dan bawang putih di atas permukaan roti yang kosong ketika roti sedang di grill.
Selepas roti bertukar keperangan, boleh alihkan roti dan tunggu sehingga masak.