Harini saya nak share resipi sedap untuk makan sambil tengok tv, honey garlic chicken wings.
Perasakan 1 kg kepak ayam dengan menggunakan garam, lada hitam, 1 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih, 1 1/2 sudu kecil serbuk bawang merah, 1-2 sudu kecil serbuk cili extra pedas, 1 sudu makan chili flakes, dan 2 sudu makan minyak zaitun. Gaul sehingga sebati.
Susun ayam yang telah diperasakan di atas tray dan bakar menggunakan oven dengan suhu 200 C, dalam masa 20 minit.
Untuk sos honey garlic, larutkan 1 kiub pati ayam menggunakan 3/4 cawan air panas.
Masukkan 4 ulas bawang putih(ditumbuk), 1/2 inci halia(ditumbuk), 1/4 cawan kicap cair, 1/2 cawan madu, 2 sudu makan cuka masakan, 1 sudu makan minyak bijan, 1 sudu kecil cili flakes dan 1 sudu kecil tepung jagung. Kacau sehingga sebati.
Tuang adunan sos ke dalam kuali dan masak dengan api kecil sehingga sos memekat.
Selepas 20 minit, keluarkan ayam yang telah dibakar, dan beruskan sos honey garlic ke atas permukaan ayam.
Sambung bakar ayam selama 8 minit. Sapu semula sos honey garlic dan boleh makan.