4biji telur (direbus selama 8 minit dalam air separa mendidih)
100gram enoki & 50g cendawan putih
100gram daging kisar
2sudu makan sos ikan
1sudu makan gula melaka
1sudu kecil chilli flakes
1sudu makan beras yang disangai dan dikisar
1biji limau nipis (ambil jus sahaja)
1biji bawang merah
hirisan daun bawang
hirisan cili api
Langkah-langkah Penyediaan
Rebus Telur
1
Rebus telur di dalam air separa mendidih. Kemudian, angkat telur dan rendam telur di dalam air sejuk.
Potong telur
2
Kupas dan potong telur yang telah direbus menjadi bentuk dadu.
Celur cendawan
3
Celurkan cendawan enoki dan cendawan putih panjang selama 15 saat. Terus angkat cendawan.
Rebus daging kisar
4
Rebus daging kisar sehingga masak dan kemudian tapis daging kisar yang telah dimasak.
Adunan sos
5
Untuk sos kerabu, satukan sos ikan, sedikit gula melaka, chili flakes, beras yang disangai dan dikisar halus, dan sedikit perahan limau nipis. Kacau sehingga sebati.
Masukkan semua bahan
6
Masukkan cendawan yang telah dicelur dan telur rebus yang telah dipotong dadu, hirisan bawang merah, hirisan daun bawang, hirisan cili api, dan daging kisar yang telah direbus. Gaul sehingga sebati.