Saya nak share resepi turun-temurun dari ibu saya, selalu sangat kami adik-beradik request untuk ibu masak iaitu Laksa Utagha. Ini ialah cara ibu saya masak Laksa.

Rebus 500g ikan kembung sehingga masak sepenuhnya.

Setelah ikan masak direbus, simpan air rebusan dan asingkan isi ikan dari tulang ikan.

Kisar isi ikan bersama separuh dari air rebusan ikan hingga betul-betul lumat.

Kisar tulang ikan bersama sisa air rebusan ikan hingga lumat.

Tapis air kisar tulang ikan dan air rebusan sebanyak 3 kali.

Untuk bahan tumis, kisar 1½ inci belacan bakar 2 bawang besar yang bersaiz sederhana, dan sedikit air sampai lumat.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis tadi sehingga kering sedikit dan tambah 3 sudu makan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Tuang isi ikan yang telah dikisar dan tulang ikan yang telah dikisar dan tapis ke dalam periuk/kuali. Masukkan 5 asam keping, dan masak hingga kuah laksa mereneh. Masukkan 1 ikat daun kesum dan 2 bunga kantan.

Masukkan bahan tumisan kacau dan masak kuah laksa sehingga sebati. Perasakan dengan sedikir garam dan gula. Boleh hidang laksa bersama ulam-ulaman dan cili.