Saya nak share resepi mee tarik ala chinese yang sedap sangat untuk yang suka rasa sederhana dan sihat.
Menggunakan api besar, panggang 900g ayam dengan bersama sedikit minyak. Jangan buang kulit ayam.
Masukkan 2 inci halia yang dihiris nipis, 2 biji bawang merah yang dipotong 4, 4 ulas bawang putih yang dibelah dua. Tukar ke api sederhana.
Tuangkan 1.5 - 2 liter air panas yang sedang mendidih.
Masukkan 1 ikat daun bawang yang disimpul dan tutup periuk. Biarkan sup mereneh selama 10 minit.
Selepas 10 minit, tapis keluar semua ayam dan semua bahan-bahan yang lain.
Masukkan 6-7 cendawan shiitake yang telah dihiris kedalam sup. Kuatkan semula api dan biar sup mendidih selama 5 minit.
Carik-carikkan ayam yang direbus tadi. Perasakan dengan 1 sudu kicap cair, 1 sudu sos tiram, 1 sudu minyak bijan, sedikit serbuk lada putih dan kacau sehingga sebati.
Selepas 5 minit di didih, masukkan 2-3 sudu teh garam ke dalam sup.
Masukkan 400g mee tarik yang telah direbus, dan sawi bok choy. Biar masak sekejap sahaja dan boleh tutup api.