Harini saya nak share resepi klasik turun temurun yang biasa kita buat, pengat pisang bersagu.

Kupas kulit pisang (saya guna pisang nangka) dan hiris pisang setebal 2 cm dan biar dahulu.

Didihkan air dan rebus ¼ cawan sagu sampai bertukar jernih.

Apabila sagu sudah jernih, boleh basuh sagu untuk buang kanji.

Satukan 150gram gula melaka, 2 simpul daun pandan, dan 1½ cawan air. Didihkan sampai gula larut.

Masukkan pisang dan rebus sehingga pisang bertukar menjadi empuk.

Tuang 200ml santan selepas pisang telah menjadi empuk.

Masukkan sedikit garam. Kacau hingga sebati.

Masukkan sagu yang telah dibasuh kedalam kuah pengat.

Kacau pengat sekejap sahaja kerana kuah akan memekat dalam suhu yang sejuk.