Harini saya nak share resepi tauhu telur yang sedap. Part sizzling last sekali tu optional, kalau rasa leceh tak payah buat ok.
Potong 2 tiub tauhu telur, hiris tauhu telur setebal 1 cm.
Salut tauhu menggunakan tepung jagung dan goreng sampai warna bertukar menjadi kekuningan dan kelihatan rangup.
Kisar bawang besar, cili merah, cili api, bawang putih, dan sedikit air sampai separa lumat.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
Masukkan dada ayam yang dipotong dadu dan masak sehingga dada ayam hampir masak.
Masukkan sos tiram, tepung jagung yang dibancuh dengan air, gula dan garam. Kacau sampai sebati. Selepas mendidih, boleh tutup api.
Masak telur di atas kuali leper dan ratakan supaya sekata.
Letak tauhu yang telah digoreng di atas lapisan telur.
Tuang kuah berlada yang telah dimasak tadi. Ratakan kuah dan tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.