Harini saya nak share resepi wrap telur yang senang sangat. Selalu buat breakfast macam ni, kenyang!

Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk, tabur 1/4 sudu garam, lada hitam, dan chili flakes. Kacau sehingga sebati.

Hiris 1 biji tomato secara menipis.

Hiris 1 biji sosej yang telah dimasak.

Tuang sedikit minyak di atas kuali, biar sedikit panas dan susun tomato di atas kuali.

Tuang adunan telur secara sekata dia atas permukaan kuali.

Susun hirisan sosej yang telah dimasak di atas permukaan telur.

Taburkan keju mozarella dan cheddar yang disagat secukupnya.

Tambahkan sos cili, mayonis secara sekata.

Letak sekeping wrap di atas, dan tekan supaya wrap melekat pada telur.

Selepas beberapa saat, boleh alihkan wrap untuk dihidangkan.