Limau Nipis ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai sebuah video blog untuk resepi masakan menerusi Youtube. Ia adalah hasil kerjasama saya, Hidayah Sazli bersama suami saya, Muzakkir Mohamad yang bekerja disebalik tabir.
Saya bukanlah seorang chef professional, malah kerjaya awal saya ialah sebagai Petroleum Engineer pada tahun 2012. Pada tahun 2016, kami mula berjinak-jinak dalam penghasilan video resepi di saluran Youtube dan setelah itu saya mula serius dan menjadi Youtuber sepenuh masa. Suami saya, Muzakkir Mohamad bekerja disebalik tabir sebagai videographer untuk video-video masakan kami.
Pada tahun 2020 kami mula mengembangkan sayap kepada facebook, instagram dan akhir sekali di Tiktok, pada tahun 2022.
Kini kami telah mula mengembangkan jenama Limau Nipis dan kini kami mempunyai team videographer dan editing kami sendiri. Kami juga telah bekerjasama dengan banyak jenama seperti Nestle, Maggi, Adabi, Tokit dan lain-lain untuk produk review kami.
Boleh hubungi kami (whatsapp) di +60124035722 untuk sebarang kerjasama dan tujuan promosi.