Harini saya nak share resepi yg selalu kita makan zaman dulu-dulu, iaitu Apam Kampung. Mudah sangat nak buat, sedap pulak tu!
Masukkan 1 cawan gula perang/merah ke dalam periuk.
Tambahkan 2 cawan air dan 2 helai daun pandan bersama gula perang di dalam periuk. Masak sehingga gula larut. Biar menyejuk.
Untuk adunan apam, masukkan 3 cawan tepung gandum dan yis segera kedalam mangkuk kosong. Gaul hingga sebati.
Tuang air gula yang telah dimasak tadi. Kacau hingga betul-betul sebati dan sekata.
Tambahkan sikit demi sedikit air suam jika adunan nampak terlalu pekat dan susah untuk dikacau.
Perap adunan apam selama 30 hingga 40 minit sehingga mengembang.
Satukan 2 cawan kelapa parut(bahagian putih) bersama 1 sudu teh gula dan garam. Gaul sehingga sebati dan kukus selama 5 minit.
Untuk acuan apam, sapu bahagian dalam acuan dengan minyak masak.
Tuang adunan yang telah mengembang ke dalam acuan.
Kukus adunan menggunakan air yang telah didihkan menggunakan api besar selama 40 minit. Tutup permukaan acuan menggunakan aluminium foil.