Saya nak share resepi ikan percik yang biasa jumpa dekat bazar. Bau dia pun buat bertambah tambah selera!
Perapkan 4 ekor ikan menggunakan 1 sudu teh garam, 1½ sudu teh kunyit, dan minyak masak.
Kisar 1 biji bawang besar, 1 inci halia, 10-15 tangkai cili kering(direbus), 1cm belacan dan sedikit air hingga lumat.
Tuang bahan kisar tadi ke dalam kuali untuk ditumis.
Masukkan sebatang serai yang sudah ditumbuk sedikit.
Masukkan 2 kotak santan(400ml), 1/3 sudu teh kunyit, 1 keping asam keping, pastikan masak dengan menggunakan api sederhana
Sentiasa kacau sehingga kuah mula menggelegak. Selepas kuah mula menggelegak, masukkan 1-2 sudu gula dan 1 sudu teh garam. Kacau hingga larut dan sebati.
Selepas kuah mula menggelegak, masukkan 1-2 sudu gula dan 1 sudu teh garam. Kacau hingga larut dan sebati.
Bakar ikan yang telah diperap sehingga kedua dua belah permukaan ikan bertukar menjadi warna keperangan.
Tuang kuah percik yang sudah masak ke atas ikan yang sudah masak dan boleh dihidangkan.