Ikan Percik ala Bazar

Saya nak share resepi ikan percik yang biasa jumpa dekat bazar. Bau dia pun buat bertambah tambah selera!
pinit View Gallery 2 photos

Ikan Percik ala Bazar

Difficulty: Intermediate Prep Time 10 mins Cook Time 12 mins Total Time 22 mins
Servings: 4
Best Season: Suitable throughout the year

Description

Saya nak share resepi ikan percik yang biasa jumpa dekat bazar. Bau dia pun buat bertambah tambah selera!

Bahan-bahan

Langkah-langkah Penyediaan

  1. Perap ikan

    Perapkan 4 ekor ikan menggunakan 1 sudu teh garam, 1½ sudu teh kunyit, dan minyak masak. 

  2. Kisar

    Kisar 1 biji bawang besar, 1 inci halia, 10-15 tangkai cili kering(direbus), 1cm belacan dan sedikit air hingga lumat 

  3. Tuang bahan kisar

    Tuang bahan kisar tadi ke dalam kuali untuk ditumis. 

  4. Masukkan serai

    Masukkan sebatang serai yang sudah ditumbuk sedikit.

  5. Masukkan santan, kuniyt, asam keping

    Masukkan 2 kotak santan(400ml), 1/3 sudu teh kunyit, 1 keping asam keping, pastikan masak dengan menggunakan api sederhana 

  6. Kacau

    Sentiasa kacau sehingga kuah mula menggelegak. Selepas kuah mula menggelegak, masukkan 1-2 sudu gula dan 1 sudu teh garam. Kacau hingga larut dan sebati. 

  7. Masukkan gula dan garam

    Selepas kuah mula menggelegak, masukkan 1-2 sudu gula dan 1 sudu teh garam. Kacau hingga larut dan sebati. 

  8. Bakar ikan

    Bakar ikan yang telah diperap sehingga kedua dua belah permukaan ikan bertukar menjadi warna keperangan.

  9. Tuang kuah

    Tuang kuah percik yang sudah masak ke atas ikan yang sudah masak dan boleh dihidangkan. 

Keywords: ikan percik, ikan, percik, ala bazar
Recipe Card powered by WP Delicious