Harini saya nak share resepi kek coklat ni tanpa menggunakan oven.

Tuang 1/2 cawan susu full cream, 1/3 cawan gula, 1/2 cawan minyak masak, 1/3 cawan susu pekat manis, 1/2 cawan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau hingga sebati.

Masak sehingga mendidih dan semua bahan larut sepenuhnya. Tutup api dan alih.

Tambahkan 1 biji telur, 1/2 cawan tepung gandum dan 1 sudu teh baking powder. Kacau sehingga sebati dan larut.

Tuang adunan ke dalam mangkuk/acuan.

Kukus dengan api sederhana besar selama 35 minit.

Untuk lapisan krim, tuang 200ml whipping cream dan 1/4 cawan gula aising ke dalam mangkuk kosong. Putar pada kelajuan sederhana selamat 2 minit dan 30 saat. Kemudian keraskan lapisan krim selama 1 jam.

Untuk chocolate ganache, masukkan 1 1/2 cawan dark chocolate coins,1/2 cawan susu full cream ke dalam mangkuk kosong, dan panaskan didalam microwave/atas dapur. Selepas agak panas, kacau hingga betul betul sebati dan larut.

Tunggu kek sejuk, dan kemudian boleh lapiskan adunan krim di atas permukaan kek secara sekata.

Tunggu kek sejuk, dan kemudian boleh lapiskan adunan krim di atas permukaan kek secara sekata.