Harini saya nak share resepi yg menggamit memori saya masa kecik kecik dulu. Ini adalah resepi ibu saya yang paling simple tapi favourite saya masa kecik dulu sebab sedap sangat! Jimat, cepat dan mengenyangkan.

Kupas 3 biji ubi kentang, belah kepada 2 bahagian dan hiris menjadi kepingan halus.

Goreng kentang yang telah dipotong halus selama 5 minit sahaja. Angkat dan letak tepi dahulu.

Tumis 1 biji bawang besar bersama 2 batang cili api yang telah dihiris.

Masukkan 3 biji telur dan kacau sehingga hancur. Masak sekejap sahaja supaya telur masih lembap. Perlahankan api.

Masukkan ubi kentang yang telah digoreng.

Tuang kicap pekat manis dan kicap pekat masin secukupnya. Gaul sehingga sekata.