Saya nak share resepi mee rebus yang paling sempoi . Mee rebus Terengganu ni tak sama macam mee rebus yang biasa kita makan, sebab kuahnya macam sup.

Masukkan bawang putih, bawang merah, biji lada hitam, dan sedikit air. Kisar sehingga lumat.

Tumis bahan-bahan yang telas dikisar sehingga pecah minyak.

Masukkan dada ayam bersama bahan-bahan tumisan ke dalam kuali. Tumiskan sehingga ayam hampir masak.

Tambahkan air dalam kuantiti yang banyak ke dalam kuali untuk mee berkuah.

Selepas air mendidih, masukkan udang dan sayur-sayuran pilihan. Tunggu sehingga air mendidih sekali lagi.

Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuah. Boleh tambah telur berdasarkan citarasa sendiri.

Tutup kuali dalam 1 sehingga 2 minit supaya telur masak.

Perasakan dengan sedikit garam dan boleh masukkan daun sawi beserta mee kuning.

Masak mee rebus selama 1-2 minit sahaja dan tutup api dapur supaya mee tidak menjadi kembang. Boleh perah limau nipis sebelum menjamu selera.