Saya nak share resipi rendang ayam cara ibu saya masak.

Panaskan dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang di dalam kuali.

Masukkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, lengkuas, dan halia yang telah dikisar diikuti dengan 3 batang serai.

Masukkan 4 sudu makan cili kisar dan kacau hingga sebati.

Tambahkan 1/2 cawan air. Kacau dan biarkan sehingga naik minyak.

Masukkan 1 sudu makan gula melaka. Hancurkan dan kacau. Tutup kuali dan tunggu sehingga masak.

Masukkan 1/2 ekor ayam yang telah dipotong dan dicuci. Gaul hingga sebati

Masukkan 200ml santan segar kedalam kuali dan kacau.

Masukkan 1 sudu makan kerisik, dan 1/2 sudu teh pes asam jawa. Kacau hingga sebati dan tutup kuali hingga ayam masak.

Selepas ayam betul-betul masak, buka penutup kuali dan masukkan 1 helai daun kunyit yang telah dipotong halus.