Saya nak share resepi Sotong Masa Berlada, memang sedap sangat, favourite kami sekeluarga.
Basuh dan siang sotong sampai bersih. Masukkan sotong kedalam kuali. Masak sotong selama 5 minit.
Selepas 5 minit, setelah sotong masak, tapis air sotong supaya sotong kering.
Kisar separa lumat 2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, 6 biji cili merah, dan 17 biji cili api hijau menggunakan blender kering. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga terbit minyak.
Tambah sos tiram bersama-sama bahan yang ditumis.
Masukkan sedikit air ke dalam bahan tumisan.
Perasakan bahan tumisan dengan sedikit garam.
Tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk menambahkan rasa.
Masukkan sotong yang telah dimasak tadi bersama petai(ikut citarasa sendiri).
Gaulkan hingga sebati selama beberapa saat.