Uncategorized

Ayam Karahi

Recipe Card

Difficulty: Intermediate Prep Time 20 mins Cook Time 30 mins Total Time 50 mins
Servings: 5
Best Season: Suitable throughout the year

Description

Resepi kari yang tak perlu menggunakan serbuk kari.

Bahan-bahan

Cara Penyediaan

  1. Sangai rempah

    Sangai 5 sudu teh ketumbar, 5 sudu teh jintan putih dan 3 sudu teh lada hitam sehingga wangi. 

  2. Kisar rempah

    Kisar rempah yang telah disangai hingga lumat menggunakan pengisar kering. 

  3. Gaul ayam, tomato, halia

    Panaskan minyak dan masukkan ayam, tomato, halia yang sudah ditumbuk lumat ke dalam kuali. Gaul hingga sebati.

  4. Tutup kuali

    Tutup kuali dan biarkan ia masak dengan api sederhana selama 15 minit.

  5. Buang kulit tomato dan lenyek

    Selepas 15 minit, buka tudung periuk dan buang kulit tomato yang sudah lembut. Lenyekkan tomato hingga jusnya keluar

  6. Masukkan rempah dan serbuk cili

    Setelah semua tomato dilenyekkan, masukkan rempah yang telah dikisar dan 2 sudu teh serbuk cili. Gaul dan tutup kuali selama 5 minit. 

  7. Masukkan santan

    Buka tudung kuali dan masukkan ½ cawan santan.

  8. Tambah air perahan asam jawa dan cili hijau

    Tambah sedikit air perahan asam jawa dan masukkan cili hijau ke dalam kari.

  9. Tabur garam

    Taburkan 1-2 sudu teh garam dan gaul sehingga sebati.

Keywords: ayam,kari,karahi,kari ayam, ayam karahi