Bakwan Sayur
Description
Saya nak share resepi masakan Indonesia yang rangup dan kaya dengan sayur-sayuran, dipanggil Bakwan Sayur. Rangup dan sedap sangat!
Bahan-bahan
Langkah-langkah Penyediaan
-
Satukan sayur-sayuran
Satukan 2 cawan kobis, daun bawang yang telah dipotong halus, lobak merah yang telah disagat dan 1 mangkuk kecil taugeh ke dalam satu mangkuk besar.
-
Masukkan tepung
Masukkan 2 cawan tepung gandum, ½ cawan tepung jagung, ½ cawan tepung beras, 1 sudu teh tepung penaik dan 2 sudu teh garam.
-
Gaul
Gaul adunan hingga sekata.
-
Tuang santan
Tuangkan 100ml santan pekat/ krim kelapa.
-
Tambah air
Tambah 300ml air dan gaul hingga sebati.
-
Goreng bakwan
Panaskan minyak dan goreng bakwan hingga menjadi warna keperangan.
-
Hidang
Angkat bakwan dan hidang bersama kuah kacang.