
Mie Ayam
Description
Saya nak share resepi masakan Indonesia, iaitu Mie Ayam. Memang sedap habis, cumanya dalam resepi ni saya ganti mi telur /mi keriting dengan mi instant je.
Bahan-bahan
Langkah-langkah Penyediaan
-
Rebus mi
Rebus mi segera atau mi lain menggunakan air mendidih sehingga mi bertukar menjadi lembut.
-
Kisar dan masak bahan sambal
Untuk sambal, kisar lumat 2 biji cili merah, 6 biji cili api, 6 ulas bawang putih, 2 sudu cuka masakan, 2/3 cawan air, 1 sudu teh gula dan garam. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak sampai mendidih.
-
Kisar bahan tumis
Kisar lumat 9 biji bawang merah, 7 ulas bawang putih, 2 cm halia, 1 jari kunyit hidup, 3 biji buah keras, dan minyak masak.
-
Goreng lemak ayam
Goreng lemak ayam hingga masak dan angkat.
-
Tumis bahan kisar
Tumiskan bahan kisar yang belum dimasak, 2 batang serai dan 4 helai daun limau purut.
-
Masukkan daun bawang
Masukkan daun bawang yang sudah dipotong kecil dan gaul hingga sebati.
-
Masukkan ayam
Masukkan 500g ayam yang sudah dipotong kecil dan gaul hingga sekata.
-
Tuang air dan bahan lain
Tuang 200ml air, 3-4 sudu makan kicap pekat manis, 2 sudu makan sos tiram, serbuk lada putih, dan garam. Kacau dan masak sehingga kuah kering dan memekat.
-
Hidang
Untuk hidang, harus mengikut susunan. Masukkan minyak bawang putih/minyak masak, kuah ayam, mi, sawi celur, ayam bersama kuah ayam, hirisan daun bawang, dan sambal.