Terung Masak Sos Bawang Putih
Description
Resepi kali ni saya olah dari resepi youtuber Souped Up Recipe. Ada bahan-bahan yang saya olah sebab susah nak cari dan saya ganti dengan bahan-bahan yg mudah dijumpa di Malaysia. Nama resepi asal ialah Eggplant in Garlic Sauce.
Bahan-bahan
Langkah-langkah Penyediaan
-
Gaul terung
Masukkan terung yang sudah dipotong kedalam mangkuk besar. Masukkan sedikit cuka, 2 sudu makan tepung jagung dan gaul sehingga sekata.
-
Goreng terung
Goreng terung sehingga warna terung bertukar menjadi kekuningan. Boleh angkat terung dari kuali.
-
Tumis daging kisar
Tumis sedikit daging kisar sehingga daging bertukar menjadi keperangan.
-
Tumis bawang putih, halia, daun bawang, dan cili api
Tolak ketepi daging kisar dan tumis 6 ulas bawang putih yang dicincang, 2 sudu teh halia yang dicincang, 3 sudu daun bawang yang dipotong halus, dan 5 biji cili api.
-
Masukkan taucu
Masukkan 2 sudu taucu yang sudah dikisar, dan tumis sekejap menggunakan api sederhana kecil.
-
Masukkan cili kisar, kicap masin, cuka masakan, gula
Masukkan 1-2 sudu cili kisar, 1 sudu kicap masin, 1 sudu cuka masakan, 1 sudu teh gula dan kacau sampai sebati.
-
Tuang campuran air dan tepung jagung
Tuangkan ¾ cawan air yang telah dicampur dengan 1 sudu teh tepung jagung untuk pekatkan lagi kuah. Kacau sekejap sehingga kuah memekat.
-
Masukkan terung
Masukkan terung yang sudah digoreng. Kacau hingga terung sebati dengan kuah.
-
Tabur hirisan daun bawang
Tabur hirisan daun bawang dan boleh hidang masakan.