Ayam Masak Asam

Harini saya nak share resepi yg agak famous di negeri-negeri utara tanah air kita. Resepi ni memang nostalgic bagi saya sebab ia antara makanan yg selalu saya makan ketika berpantang, iaitu Ikan Masak Asam . Resepi ni asalnya menggunakan ikan, tapi saya ubah sikit, kali ni saya gunakan ayam.
pinit View Gallery 2 photos
Difficulty: Intermediate Prep Time 15 mins Cook Time 30 mins Total Time 45 mins
Servings: 4
Best Season: Suitable throughout the year

Description

Harini saya nak share resepi yg agak famous di negeri-negeri utara tanah air kita. Resepi ni memang nostalgic bagi saya sebab ia antara makanan yg selalu saya makan ketika berpantang, iaitu Ikan Masak Asam . Resepi ni asalnya menggunakan ikan, tapi saya ubah sikit, kali ni saya gunakan ayam.

Bahan-bahan

Langkah-langkah Penyediaan

  1. Perap ayam

    Perap 1/2 ekor ayam menggunakan 1 sudu teh garam, 1 sudu teh serbuk kunyit dan 1 sudu teh sos tiram.

  2. Goreng ayam

    Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap hingga masak sepenuhnya. Boleh angkat ayam dan letak tepi dahulu.

  3. Tumis

    Tumiskan 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2cm halia, dan 2 biji cili merah+cili hijau. Tumis selama beberapa minit.

  4. Tambah pes asam jawa dan sos tiram

    Tambahkan 2 sudu makan pes asam jawa yang dicampur bersama 1 cawan air, dan 1 sudu makan sos tiram.

  5. Masukkan ayam

    Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sekata. Masak sehingga mendidih.

  6. Perasakan

    Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kacau hingga sebati. Masak selama beberapa minit dan boleh tutup api.

Keywords: ayam masak asam, ayam, masakan berpantang
Recipe Card powered by WP Delicious