Hotpot Seafood

Saya nak share resepi ala-ala Chinese Hotpot, dimana saya gabungkan udang,lala,cendawan dan kobis . Gabungan rasa bahan-bahan ni bila buat sup memang sedap tak terkata.
pinit View Gallery 3 photos
Difficulty: Advanced Prep Time 15 mins Cook Time 20 mins Rest Time 10 mins Total Time 45 mins
Servings: 3
Best Season: Suitable throughout the year

Description

Saya nak share resepi ala-ala Chinese Hotpot, dimana saya gabungkan udang,lala,cendawan dan kobis . Gabungan rasa bahan-bahan ni bila buat sup memang sedap tak terkata.

Bahan-bahan

Langkah-langkah Penyediaan

  1. Kisar

    Kisar 2 biji bawang merah, 4 ulas bawnag putih, 2 biji cili merah dan ½ inci halia hingga halus menggunakan pengisar kering.

  2. Tumis

    Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga sedikit layu. Masukkan bahagian putih daun bawang yang telah di potong.

  3. Masukkan perasa

    Masukkan 2 sudu sos tiram, 1 sudu kicap cair, lada putih, dan gula

  4. Masukkan air

    Masukkan ½ cawan air dan kacau sampai sebati. 

  5. Masukkan air

    Masukkan 1 cawan air ke dalam kuali berasingan yang kosong.

  6. Susun kobis dan cendawan

    Susun kobis panjang yang telah dipotong dan cendawan enoki ke dalam kuali yang berisi air secara sekata.

  7. Masak

    Masak dan biarkan sehingga mendidih menggunakan api sederhana kecil. 

  8. Masukkan udang dan lala

    Selepas mendidih, susunkan udang dan lala di atas kobis dan cendawan.

  9. Masukkan bahan tumis

    Masukkan bahan yang telah ditumis dan biar masak sehingga 8 minit menggunakan api sederhana. 

Keywords: hotpot,seafood,lala,udang,chinese,makanan laut,cendawan,enoki,cendawan enoki,mushroom,cabbage,kobis panjang
Recipe Card powered by WP Delicious