Resepi Resepi Melayu

Laksa Utagha Resepi Ibu

Recipe Card

Laksa Utagha Resepi Ibu

Difficulty: Advanced Prep Time 20 mins Cook Time 20 mins Rest Time 10 mins Total Time 50 mins
Servings: 4
Best Season: Suitable throughout the year

Description

Saya nak share resepi turun-temurun dari ibu saya, selalu sangat kami adik-beradik request untuk ibu masak iaitu Laksa Utagha. Ini ialah cara ibu saya masak Laksa.

Bahan-bahan

Langkah-langkah Penyediaan

  1. Rebus ikan

    Rebus 500g ikan kembung sehingga masak sepenuhnya. 

  2. Asingkan isi ikan

    Setelah ikan masak direbus, simpan air rebusan dan asingkan isi ikan dari tulang ikan. 

  3. Kisar isi ikan

    Kisar isi ikan bersama separuh dari air rebusan ikan hingga betul-betul lumat.  

  4. Kisar tulang ikan

    Kisar tulang ikan bersama sisa air rebusan ikan hingga lumat. 

  5. Tapis air kisar tulang ikan

    Tapis air kisar tulang ikan dan air rebusan sebanyak 3 kali. 

  6. Kisar belacan dan bawang

    Untuk bahan tumis, kisar 1½ inci belacan bakar 2 bawang besar yang bersaiz sederhana, dan sedikit air sampai lumat.  

  7. Tumis bahan tumis dan cili kisar

    Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis tadi sehingga kering sedikit dan tambah 3 sudu makan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. 

  8. Tuang isi ikan

    Tuang isi ikan yang telah dikisar dan tulang ikan yang telah dikisar dan tapis ke dalam periuk/kuali. Masukkan 5 asam keping, dan masak hingga kuah laksa mereneh. Masukkan 1 ikat daun kesum dan 2 bunga kantan.

  9. Masukkan bahan tumisan

    Masukkan bahan tumisan kacau dan masak kuah laksa sehingga sebati. Perasakan dengan sedikir garam dan gula. Boleh hidang laksa bersama ulam-ulaman dan cili. 

Keywords: laksa, laksa utara, laksa kedah, resipi ibu limau nipis