Resepi Cina

Ayam & Cendawan Tumis Jintan Putih (Cumin Chicken)

Recipe Card

Ayam dan Cendawan Tumis Jintan Putih (Cumin Chicken)

Difficulty: Intermediate Prep Time 30 mins Cook Time 15 mins Total Time 45 mins
Servings: 3
Best Season: Suitable throughout the year

Description

Saya nak share 1 resepi ala chinese style . Biasanya ia menggunakan daging kambing dan dipanggil Cumin Lamb, tapi saya olah guna ayam dan tambah cendawan. Jom cuba!

Bahan-bahan

Bahan perapan ayam

Bahan lain

Langkah-langkah Penyediaan

  1. Hiris dada ayam

    Hiris dada ayam secara nipis.

  2. Perap ayam

    Masukkan hirisan dada ayam ke dalam mangkuk. Perapkan ayam dengan sedikit garam, serbuk lada putih, 1 sudu makan tepung jagung, 2 sudu teh minyak. Gaul hingga sebati dan perap selama 15 minit.

  3. Goreng ayam

    Selepas 15 minit, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam yang sudah diperap hanya sampai ayam bertukar perang cair sahaja. 

  4. Tumis

    Tumis bawang putih dan cili kering menggunakan api sederhana.

  5. Tambah serbuk cili

    Masukkan 1 sudu teh serbuk cili. 

  6. Tambahan bahan

    Tambahkan jintan putih, cili hijau, 2 sudu sos tiram, 3 sudu kicap cair dan sedikit air. Tumis bahan-bahan sehingga sebati. 

  7. Masukkan cendawan dan ayam

    Setelah bahan-bahan tumisan mula mereneh, masukkan cendawan yang sudah dibasuh dan dada ayam yang sudah digoreng tadi.

  8. Kacau

    Kacau bahan-bahan sehingga sebati.

  9. Tambah daun bawang

    Tambahkan daun bawang dan kacau dalam beberapa saat sebelum api dapur ditutup.

Keywords: ayam, chicken, jintan putih, cendawan,mushroom,cumin chicken,ayam dan cendawah tumis, ayam dan cendawan tumis jintan putih