Resepi Resepi Indonesia

Ayam Rica-Rica

Recipe Card

Difficulty: Intermediate Prep Time 10 mins Cook Time 15 mins Total Time 25 mins
Servings: 5
Best Season: Suitable throughout the year

Description

Saya nak share resepi Ayam Rica Rica, masakan indonesia yang boleh tahan famous. Resepi ni saya rujuk cara masakan dan bahan-bahan daripada Chef Devina Hermawan , cuma ada bahagian yang saya olah sedikit. Rasanya sangat sedap, pedas dan menyelerakan.

Bahan-bahan

Langkah-langkah Penyediaan

  1. Perap ayam

    Perap ayam dengan menggunakan 1 sudu teh garam, dan perahan ½ biji limau nipis. 

  2. Goreng ayam

    Goreng ayam yang telah diperap hingga menjadi keperangan dan separuh masak dengan menggunakan api besar.

  3. Kisar

    Kisar 7 biji bawang merah(kecil), 8 ulas bawang putih, 6 biji cili merah, 8 biji cili api, 1 inci halia, 1 inci kunyit hidup, 6 biji buah keras, dan sedikit air sehingga hampir lumat 

  4. Tumis bahan kisar

    Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak. 

  5. Masukkan serai dan daun limau purut

    Masukkan 2 batang serai dan 5 helai daun limau purut. Tumiskan sekejap. 

  6. Masukkan ayam

    Masukkan ayam yg digoreng separuh masak. Gaul hingga sekata. 

  7. Tuang air, garam, gula

    Tuang ¾ cawan air, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh gula dan kacau hingga larut.  

  8. Tutup kuali

    Tutup kuali dan rebus(ungkep) sehingga air kuah mengering sedikit dan ayam masak sepenuhnya. 

  9. Masukkan daun kemangi dan cili api.

    Masukkan 1 ikat daun kemangi, cili api dan gaul hingga sekata.  

Keywords: ayam rica-rica, masakan indonesia