Resepi Resepi Indonesia

Mie Ayam

Recipe Card

Difficulty: Advanced Prep Time 20 mins Cook Time 30 mins Total Time 50 mins
Servings: 4
Best Season: Suitable throughout the year

Description

Saya nak share resepi masakan Indonesia, iaitu Mie Ayam. Memang sedap habis, cumanya dalam resepi ni saya ganti mi telur /mi keriting dengan mi instant je.

Bahan-bahan

Langkah-langkah Penyediaan

  1. Rebus mi

    Rebus mi segera atau mi lain menggunakan air mendidih sehingga mi bertukar menjadi lembut.

  2. Kisar dan masak bahan sambal

    Untuk sambal, kisar lumat 2 biji cili merah, 6 biji cili api, 6 ulas bawang putih, 2 sudu cuka masakan, 2/3 cawan air, 1 sudu teh gula dan garam. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak sampai mendidih. 

  3. Kisar bahan tumis

    Kisar lumat 9 biji bawang merah, 7 ulas bawang putih, 2 cm halia, 1 jari kunyit hidup, 3 biji buah keras, dan minyak masak. 

  4. Goreng lemak ayam

    Goreng lemak ayam hingga masak dan angkat.

  5. Tumis bahan kisar

    Tumiskan bahan kisar yang belum dimasak, 2 batang serai dan 4 helai daun limau purut

  6. Masukkan daun bawang

    Masukkan daun bawang yang sudah dipotong kecil dan gaul hingga sebati 

  7. Masukkan ayam

    Masukkan 500g ayam yang sudah dipotong kecil dan gaul hingga sekata 

  8. Tuang air dan bahan lain

    Tuang 200ml air, 3-4 sudu makan kicap pekat manis, 2 sudu makan sos tiram, serbuk lada putih, dan garam. Kacau dan masak sehingga kuah kering dan memekat.

  9. Hidang

    Untuk hidang, harus mengikut susunan. Masukkan minyak bawang putih/minyak masak, kuah ayam, mi, sawi celur, ayam bersama kuah ayam, hirisan daun bawang, dan sambal. 

Keywords: mie ayam,mie,ayam,mee ayam